
|
SeDiH! ATAU hApPy?!
Ahad, 15 Julai 2012 @ 6:45 PG | 0 Teddy [❤]
Pada 13 JULY 2012,diwaktu malam Jumaat,aku menangis didalam bilik dek kerana ibuku yang tidak mengizinkanku untuk pergi ke Hari Koperasi 2012 di Stadium Bukit Jalel.Aku menangis dan terus menangis hinggalah terlelap mataku ini.Pada pukul 6.30 pagi diwaktu subuh,ibuku mengejutkanku untuk bangun solat.
Perancanganku yang ingin mengaji terbatal kerana menangis disebabkan kata-kata ibuku semalam yang tidak mengizinkanku pergi.Perjumpaan pengakap yang sepatutnya ku hadir kini aku biarkan sahaja.Risau bila aku disana melihat rakan-rakanku yang stay disekolah untuk pergi ke stadium itu.
Aku yakin jika aku pergi ke perjumpaan itu aku akan berasa sedih,kecewa dan sedikit cemburu pada rakan-rakanku yang dapat pergi.Namun kira-kira pukul 9.00 pagi rasanya ibuku telah membuka pintu bilikku dengan mengejut,aku tidak sempat mengelap air mataku yang diketika itu sedang deras sekali mengalir.
Aku hendak cover jadi aku lap air mataku lalu pusing konon-kononya tidak mahu diganggu.Ya!Diwaktu itu aku memang tidak mahu sesiapa mengangguku!Lama-kelamaan ibuku mula bercakap dengan ku dan Alhamdulillah!Dia telah megizinkan ku untuk pergi ke stadium!Terima-kasih mama.
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Re.designer :Izyanyancinnamon Note: All the content in this blog own by me unless stated. Do not copy and rip anything here . Tell me if I use your goodies without credit . |