
|
Jamuan 1 Malaysia Yeah!
Sabtu, 6 Oktober 2012 @ 3:19 PG | 0 Teddy [❤]
Hye! Assalamu'alaikum.
Jamuan 1 Malaysia dekat sekolah aku
tersangat-sangatlah BEST!
Agak kelakar bila time memperagakan baju tradisional tuh.
Ada seorang budak India nih, kain dia dah terlondeh ,
tapi tak boleh nak buat apa-apakan , sebab tak sempat nak betulkan.
Dia pun jalanlah dah terpaksa.
Masa dia jalan tuh kain dia terus jatuh.
Gamat satu sekolah!
Aku gelak tak ingat dunia.
Habis hilang adab aku.
Lepastu, ada pulak budak form 1 nih.
Aku tak tau nama dia apa.
Tapi aku panggil dia "DIVA".
Sebab apa tau, sebab dia ni macam perempuan yang berkelas tinggi.
Oh yeah! Aku lupa pulak!
Pasukan sorak ada buat senaman yang have fun punya tau.
Senam punya senam timbul pulak
OPPA GANGNAM STYLE!
Aku yang tengah duduk terus jadi terlebih aktif.
Haha , memang best ah masa tuh.
Aku tengok siap angguk-angguk lagi.
Tapi series, memang lawak time tuh.
Diorang siap gelek habis lagi!
Emm apa lagi ek?
Ouh okey, lepas je buat pertunjukkan dekat tapak perhimpunan tuh.
Semua orang diminta pergi
Anjung Seri Anggerik. Perh! Ibarat pasar wo kat situ!
Aku bila tengok suasana yang hingar bingar tu terus jadi jakun.
Apa lagi, aku jalanlah sana dan sini.
Aku asek cakap
"pasar malm! , pasar malam!"
kawan aku pulak jemu cakap dengan aku "pasar pagilah, pasar pagi!"
Firia, Fitria .. kau sabar je kan dengan perangai aku nih.
Lepastu , dua manusia ni siap bergusti lagi.
GILA! GILA! GILA!
Ni dua orang ni, patutnya aku dengan Alyssa je buat.
Tapi diorang pun nak buat jugak.
Alyssa pun satu. Gelak je tahu.
Habis tak jadi idea aku.
Idea aku telah dirampas oleh Alya dan Eyra.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
![]()
Nampak tak perbezaan memperagakan dalam persamaan idea?
Aku still tak puas hati.
Yang aku paling tak puas hati, diorang salahkan aku!Cis!
Patutnya ada gamba kat tempat kosong tuh.
Tapi tak boleh nak masukkan.
Banyak lah aktiviti dia, Daniel berduet dengan Marry.
Pentas dalam segi nyanyian dikuasai oleh Lionel.
Pentas juga dipelopori oleh kaum Melayu dan India.
Diorang menari terlompat-lompat.
Aku nak join, tapi aku perempuan. :3
Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita, banyak lagi gamba yang aku nak masukkan.
Tapi , aku tak da mood lah. Bored.
K lah, bye.
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Re.designer :Izyanyancinnamon Note: All the content in this blog own by me unless stated. Do not copy and rip anything here . Tell me if I use your goodies without credit . |